Tadika Integrasi, Sekolah Rendah Integrasi, Kelas Membaca & Kelas Al Quran
Teknik Cepat Membaca #1 TERBUKTI BERKESAN




Teknik Cahayaku merupakan satu-satunya Konsep Cepat Membaca yang menggunakan mimik untuk membantu kanak-kanak lebih cepat membaca. Teknik ini telah diasaskan oleh Puan chahaya Abdul Manan sejak tahun 1998. Berkonsepkan 7M iaitu berMain, Membaca, Mengira, Menulis, Mewarna, Mengeja dan Moral, kaedah ini adalah gabungan mimik konsonan dan bunyian vokal akan menghasilkan bunyi suku kata.
Kaedah ini telah menjalani penyelidikan terhadap 30 orang pelajar istimewa yang terdiri daripada disleksia, autism, sindrom down, mental retarded, pelat, kanak-kanak yang hilang pendengaran dan pelbagai kategori yang lain. Melalui penyelidikan ini, Teknik Cahayaku telah berjaya membantu mereka membaca dan memulihkan karektor para pelajar tersebut.
Pusat pendidikan awal kanak-kanak yang lengkap merangkumi Modul Bacaan Terbaik kami untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Arab yang digabungkan dengan KSPK (Kurikulum Kementerian Pelajaran) dan KAFA (Kurikulum Jabatan Islam).
Pusat pendidikan rendah yang lengkap merangkumi Modul Bacaan Terbaik untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab & Modul Al-Quran (Hafz Quran) yang digabungkan dengan KSSR (Kurikulum Kementerian Pendidikan) dan KAFA (Kurikulum Jabatan Islam).
Kelas belajar membaca untuk Bahasa Melayu lengkap dengan Modul Bacaan utama kami dimantapkan dengan Modul Tambahan Penulisan Awal, Ejaan & KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang sangat diutamakan & disyorkan kepada pelajar kelas pemulihan.
Belajar membaca komprehensif untuk Bahasa Inggeris dengan modul yang mendapat liputan Media CNN – Modul Pertama Belajar Sebutan English (UK) di Dunia yang diperkuat dengan Kamus Paradigm & sangat disyorkan kepada Pelajar Kelas Bahasa Melayu Cahayaku.
Kelas belajar membaca Lughatul Arabi dengan kaedah mudah membaca bahasa Arab secara automatik boleh membaca Al Quran dengan sebutan Tajwid yang betul tanpa mengetahui teori Tajwid & sangat disyorkan kepada Pelajar Kelas Bahasa Melayu & English Cahayaku.
Modul lanjutan daripada Lughatul Arabi, cara mudah dan seronok untuk menghafal Perbendaharaan Kata Arab dengan Modul Lughatul Qurani terbaru yang membantu pelajar menghafal Al Quran secara auto berserta makna untuk penghayatan serta alunan bacaan serupa melodi bacaan Sheikh Mishary Al Rashid.